Monday, September 3, 2012

perati

orang kata, usia macam gua ni dah patut kawen.

orang kata, usia macam gua ni patut dah ada anak. paling kurang pun, sorang dua mesti dah berderet.

orang kata, usia macam gua ni tak patut la nak menapis bagai. kena terima je sape yang masuk meminang kekdahnya.

orang kata, usia macam gua ni tak patut dah nak jual mahal. karang takde yang berkenan, naya. hidup bujang lah sampai ke tua. kalau tak jadik andartu, entah-entah jadik andalusia.

orang kata itu, orang kata ini. tapi yang nak kawennya gua kan?

engkorang nak kenen-kenen mamat sana-sini ni, engkorang tahu ke macamana solatnya? dijaga ke idok? amalan kerohaniannya kuat ke tidak? kalau tak berapa kuat tu, dibuat konsisten ke jarang-jarang ikut arus lalang? dia ni everyday guy ke, every jumaat guy ke, every raya guy ke?

takkan la engkorang tak tahu-tahu lagi kan. bukan ke lelaki tu nak jadik sang imam. kalau tak lurus ketuanya, mau bengkok yang belakangnya ni.

mungkin gua sombong, yes. mungkin gua tak berminat, mungkin jugak. mungkin gua playing hard to get. tapi gua ni ada jugak mata, haa..sampai dua bijik ni.

perempuan kan, memerhati ni memang fitrahnya. untuk apa lah tak diguna yang dua bijik ni, kalau tak dapat melihat si calon suami.

i've been interacting with different kinds of guys and definitely, i do observe all these. yang mana percaya tuhan. yang mana beramal ibadat. yang mana kene ketuk. yang mana buat otometik. yang mana improving.

apa ke senang-senang je nak terima kalau dah terang-terang tahu perangai dan sikap lelaki tu kurang sesuai dengan kita? nak diharap lelaki berubah lepas kawen? ah kirim salam lah. takkan nyer lah. never. nehi.

ada pulak nak testing-testing macam gitu.

kalau yang baik budi pekertinya, memang lah calon menantu pilihan mak mertua. tapi solat dan amal ibadat pun kena lah dijaga. itu yang paling utama. kalau dapat yang lengkap atau ekstra pakejnya, itu bonus.

ewah engkorang ni. tahu lah gua ni idok ler baik bebeno. tapi, takkan gua nak kabor ke seantero alam kalau-kalau gua berubah menjadi yang lebih baik? takkan lah gua nak canang seisi dunia lelaki tang mana yang gua cari? takkan lah gua nak habaq mai reason gua tak kawen because everybody got a dark side?

man-man sikit lah kan.

kalau gua ditakdirkan tak kawen jugak, gua harap masih ada yang menyayangi gua. bukan lah gua harap yang si kekasih-kekasih bagai ni. ibu bapa, kawan-kawan, orang tua, mahupun budak kecik.

apalah diharap sangat gua ni berkawen. mungkin tak sempat agaknya gua ni nak jejak pelamin. hmm..

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment