Monday, September 3, 2012

perati

orang kata, usia macam gua ni dah patut kawen.

orang kata, usia macam gua ni patut dah ada anak. paling kurang pun, sorang dua mesti dah berderet.

orang kata, usia macam gua ni tak patut la nak menapis bagai. kena terima je sape yang masuk meminang kekdahnya.

orang kata, usia macam gua ni tak patut dah nak jual mahal. karang takde yang berkenan, naya. hidup bujang lah sampai ke tua. kalau tak jadik andartu, entah-entah jadik andalusia.

orang kata itu, orang kata ini. tapi yang nak kawennya gua kan?

engkorang nak kenen-kenen mamat sana-sini ni, engkorang tahu ke macamana solatnya? dijaga ke idok? amalan kerohaniannya kuat ke tidak? kalau tak berapa kuat tu, dibuat konsisten ke jarang-jarang ikut arus lalang? dia ni everyday guy ke, every jumaat guy ke, every raya guy ke?

takkan la engkorang tak tahu-tahu lagi kan. bukan ke lelaki tu nak jadik sang imam. kalau tak lurus ketuanya, mau bengkok yang belakangnya ni.

mungkin gua sombong, yes. mungkin gua tak berminat, mungkin jugak. mungkin gua playing hard to get. tapi gua ni ada jugak mata, haa..sampai dua bijik ni.

perempuan kan, memerhati ni memang fitrahnya. untuk apa lah tak diguna yang dua bijik ni, kalau tak dapat melihat si calon suami.

i've been interacting with different kinds of guys and definitely, i do observe all these. yang mana percaya tuhan. yang mana beramal ibadat. yang mana kene ketuk. yang mana buat otometik. yang mana improving.

apa ke senang-senang je nak terima kalau dah terang-terang tahu perangai dan sikap lelaki tu kurang sesuai dengan kita? nak diharap lelaki berubah lepas kawen? ah kirim salam lah. takkan nyer lah. never. nehi.

ada pulak nak testing-testing macam gitu.

kalau yang baik budi pekertinya, memang lah calon menantu pilihan mak mertua. tapi solat dan amal ibadat pun kena lah dijaga. itu yang paling utama. kalau dapat yang lengkap atau ekstra pakejnya, itu bonus.

ewah engkorang ni. tahu lah gua ni idok ler baik bebeno. tapi, takkan gua nak kabor ke seantero alam kalau-kalau gua berubah menjadi yang lebih baik? takkan lah gua nak canang seisi dunia lelaki tang mana yang gua cari? takkan lah gua nak habaq mai reason gua tak kawen because everybody got a dark side?

man-man sikit lah kan.

kalau gua ditakdirkan tak kawen jugak, gua harap masih ada yang menyayangi gua. bukan lah gua harap yang si kekasih-kekasih bagai ni. ibu bapa, kawan-kawan, orang tua, mahupun budak kecik.

apalah diharap sangat gua ni berkawen. mungkin tak sempat agaknya gua ni nak jejak pelamin. hmm..

posted from Bloggeroid

Thursday, August 30, 2012

tolak

ah sudah.

orang dok kenen-kenenkan i dengan orang sana-sini ni, dah kenapa semua calonnya yang badan besar-besar belaka? i guess like, much more bigger than abah pun.

memang tak la kan kalau i tak cukup find that guy attractive.

bukan apa. sejak bila mak ni jadi tak memilih? bantai je suma calon-calon yang ada.

kalau dulu, yang ni tak boleh, yang tu tak boleh.

ni yang i kenot brain much ni. belum kawen lagi entah dah banyak penyakit dalam badan, lagi nak suruh i jaga?

tak pasal-pasal pulak i kene bash free-free.

memang bukan i la nak cari penyakit sesuka hati. nak kawen, mestilah kene memilih. macam lelaki nak perempuan yang hot je, mesti lah i nak lelaki yang sedap mata memandang dan tak gemuk sangat.

ni memang lagi kuat la azam i nak jadik kurus!

tak payah nak suruh i cari pasal la dengan berkawen dengan orang yang entah sapa-sape.

kalau mati tu lebih baik dari berkawen, mungkin lebih baik i mati.

asal-asal nak kenen, lelaki tu pun takdak effort nak kawan, ingat senang ke nak kawen? eh, lupakan lah.

kawen tu komitmen. dedua pihak kena saling terima tanggungjawab tu dengan rela hati. kalau ada sikit perasaan terpaksa dalam diri, tak payah la. menyusahkan je.

i may be senang terima untuk berkawan dengan lelaki. but not to get married. call me a gamophobia or what, i have my own reason in not approving ones.

i don't simply can accept n dis is due to men's act jugak. experiences taught me. full stop.

posted from Bloggeroid

Monday, August 20, 2012

2 syawal

rasanya dah cukup tertib gua menjaga makanan sepanjang dua hari raya ni.

pagi raya makan tiga ketul nasik impit dengan kuah lodeh, kuah kacang, rendang sket.

umah maktam makan dua ketul lagi dengan ayam masak merah.

tengahari makan dua ketul kat umah ongkaye dengan kari ikan baguk.

umah nenek makan dua ketul lagi dengan kuah kacang kerang dan rendang daging.

malam haruslah tak makan. tido. pengsan.

esoknye, makan tiga suap nasik impit dengan lauk ayam sket.

menyinggah kejak kat setia city mall. here i overload tang makan kot. alot of sushi n chawan mushi. hukhuk. hipster sungguh berata di sushi tei. unfortunately, dia takde bento set la pulak cam kat tropicana. hmmm...

sistem perparitan memang poor lah kat sini dan segenap setia alam area mall tu. hujan lebat sungguh jugak. so dah cane?

malam makan bahulu lapis jem nenek baru, kerepek ubi pedas n wedges.

before malam, senanye gua timbang berat n guess what, it's just the same macam awal puasa. berat mebi the same, tapi shape ni macm kureng sket.

tapi lepas raya ni nak pegi disiplin swimming lah! i have to look good before pi chiangmai n #octtwtfest karang.

nak kene check la bila kolam renang bukak kalau gini. huhu

posted from Bloggeroid

duit raya!

tahun ni, ada rejeki lebih sket, so duit raya pun ada lebih sket kot.

my budget tahun ni ialah satu campur tiga kosong just for 'em.

mak abah wajiblah bagi untuk amount paling banyak macam tahun-tahun lepas kan. adik-adik, untuk yang dah keje pun tak terkecuali. adik lah katakan kan. atuk nenek di kampung juga. tak dilupakan yang rapat-rapat tu, ehemmm..ada la habuan sket di dalam sampul kuning.

yang best tu, ai dapat duit raya banyak gilo amountnya walaupun datang dari sorang si adik yang dah keje ni. hamboi hamboi ewah ewah tak?

ihiks! moga murah rejeki semua yang memberi dan diberi ni. raya tahun depan, taktau lagi. yedak?

selamat hawi wayaaaaa!!

posted from Bloggeroid

Sunday, August 5, 2012

sailang

kecoh seisi twitterjaya dengan kisah sailang (kononnya) between nami, adek dan erica.

sailang = potong line = rampas gf/bf orang lain di kala orang tu masih berhubungan lagi.

kalau kapel tu dah putus, then ada orang lain kapel with the girl or the guy, whether mengenali atau tidak antara satu sama lain, adakah itu dianggap sailang?

i don't think so. i guess it's the best man win situation.

why do you think she deserves you? and what makes you think you deserve her? just move on already!

i guess if you love someone so much, you will make that efforts to make her stay, the relationship works. improve life, improve taraf hidup. kata nak bagi anak orang makan kan. dah cane?

people's patience tu ber-limit. once you've reached the limit, maybe he/she will stop and leave, and never look back.

orang kata, tengok diri sendiri, improvekan mana yang patut, whether berbaloi atau tidak the fight and challenges. iyedok?

posted from Bloggeroid

Saturday, July 28, 2012

kawen muda

sana sini orang dok bincang pasal video 16/14 tu kan? gua pun nak jugak lah.

tapi malas la nak bincang pasal diorang. i nak discuss from point of view seorang anak yang telah bekerja dan belum kawen lagi di umur 27.

i believe on appreciating more on my hardworks. penat-lelah. kumpul duit. merasa susahnya hidup. pendek kata, no easy things in life for me.

and i believe on the importance of education and faith, to lead n guide u throughout life.

takyah nak sentuh bab kawen lom habes belajar di peringkat tinggi. kita sentuh pendidikan sehingga taraf spm lah untuk entry ni. tapi sebenarnya in reality, tahap pendidikan sekarang means until u grad from the uni, either diploma or degree.

berbalik kepada yang tadi. zaman persekolahan should be zaman mengenal awalnya dunia sebelum masuk ke alam pekerjaan. zaman yang masanya kene fikir pasal belajar jer n masalah-masalah pun patutnya berkisar tentang pelajaran dan kawan-kawan. supposedly in my opinion, ini bukan zaman nak cari duit (pada masa sekarang la), cane kalau peknen masa belajar, mana nak jaga baby semua tu lah. zaman belajar sepatutnya zaman yang enjoy gitu.

confused teenagers. kejap minat k-drama. kejap layan j-pop. justin bieber pun masuk sekali. tetibe najwa latif. kalau hempon pun boleh bosan dibuatnya, ini pulak orang yang nak dilayan, dipujuk, dibelai, dimanja. kalau yang kapel pun boleh putus bila-bila masa, kalau dah kawen tu, senang ke nak jatuhkan talak? aih. susah, susah.

sekolah menengah, bukan sekolah berasrama penuh. pelajarnya dari kawasan yang dekat-dekat situ jugak. ceritanya tentang yang itu-itu jugak. masalahnya berkisar yang area situ-situ jugak.

belajar baik-baik. dapat result yang power dalam spm. untung-untung dapat pi obersi. duduk negara orang. berdikari. tengok macam-macam pe'el, traditions, lifestyle yang absolutely berbeza dari tempat asal kita. orang kata, jauh berjalan luas.pandangan. untung-untung dapat kawen dengan si mata biru/hijau. manalah tahu kan. yedak?

bila dah mula bekerja pulak, hulo sket duit gaji tu untuk mak abah di kampung nak mendapatkan kap-ba-ro-kap-alip-ta-nun. keberkatan. kadang orang kata nak bawak mak abah travel all around the world baru boleh kawen ni dengarnya macam bullshit je. but u can put as this. our parent ni bukan lah menagih sangat nak merasa duit kita. nak-nak pulak kalau gaji diorang berganda lah dari gaji kita. tapi kita yang di pihak anak ni, hulo sket tu supaya mereka ni merasa lah sikit penat lelah membesarkan anak-anak sampai lah menjadi seorang manusia. tu je.

bab travel tu, like this la. favour them a trip yang diorang tak perlu pikir apa-apa for spending. kalau belum ada rezeki to obersi, yang tempatan pun boleh je. takde masalah. honestly, i have tried. dis mostly during my early years of working that i don't have a car yet. for a weekend spree of holiday in peninsular malaysia, staying in budget n comfortable hotel plus petrol plus toll plus food plus jalan-jalan sikit, it may worth plus minus of rm 500. that rate is dulu la, masa i takde kereta yet. that is my savings a month, everytime nak pi holiday. shah alam-kuantan macam tu. shah alam-perlis macam tu. shah alam-terengganu pun macam tu.

and it is fun. masa duit sikit, kita merasa. bila ada duit lebih pun kita bagi diorang merasa jugak. sweeter than that, using own money, dari penat lelah sendiri bekerja. isn't it wonderful? summore, bonding time?

dis is something to be thought before u decidw to kawen awal sebelum habis spm. i shall continue with other point soon. eg, kete, shopping etcetra.

tolong bukak minda sikit, ok?

posted from Bloggeroid

chance

everybody deserve a second chance.

aite??

we're not starting over, don't misunderstood.

just..umm..

not like before, no raising hopes.

restrictions unwritten.

terang dan nyata, lagi bersuluh.

#JanjiDitepati wah gittew~~

posted from Bloggeroid